Nadi 2u – Shopee Seller (Usahawan) & Nadi 4u - Kelas Mahir Baiki Gajet
26 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 September 2025 Khamis, bermula pada jam 9.30pagi sehingga 11.00pagi. Kelas NADI X-Skillforge Mahir Baiki Gajet telah berjaya diadakan secara dalam talian dengan topik yang dibincangkan ialah Cara Membuka & Memasang (iPhone). Kaedah-kaedah buka dan pasang iPhone adalah merangkumi pengeluaran kad sim, skru pentalobe, kaedah pemanasan bahagian tepi dan bawah phone, alat pembuka, pelekat, skru penutup, penyambungan bateri dan pelbagai tips dan nasihat daripada pengajar. Kuiz berkenaan asas komputer turut diselitkan oleh pengajar bagi memastikan tahap pemahaman peserta pada tahap optimum. Selain itu petugas NADI Sebandi Ulu turut menyediakan perkhidmatan kepada peserta usahawan NADI untuk penyiapan Shopee Seller bagi meningkatkan jualan perniagaan melalui dalam talian. Semoga ilmu yang diperolehi sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para peserta.
Intipati aktivit adalah seperti berikut:
• Pembelajaran secara maya
• Perbincangan lisan
• Soalan dan Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: